Penutupan separuh Jalan Maulana/Jalan Penglima

Penutupan separuh Jalan Maulana/Jalan Penglima

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai bahawa Jalan Maulana/Jalan Penglima, Kuala Belait akan ditutup sementara bagi melaksanakan kerja-kerja fasa kedua pemasangan ‘Box Culvert’ baru 1000mm bagi menggantikan 600mm round culvert yang lama di jalan berkenaan.

Penutupan sementara jalan ini telah dilakukan pada 6 Jun lalu bagi melaksanakan fasa pertama dan penutupan sementara jalan ini akan berakhir pada 5 Ogos, iaitu selama dua bulan.

Sepanjang penutupan jalan raya tersebut, pengguna-pengguna jalan raya di kawasan itu, dinasihatkan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif yang lain. JKR juga ingin menasihatkan kepada pengguna-pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut supaya akan sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan-papan tanda arahan yang disediakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak Jabatan ini melalui talian Darussalam 123, atau laman Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan menerusi alamat e-mel pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA