Penyampai TV dedah status positif HIV

Penyampai TV dedah status positif HIV

MOSCOW, 2 Dis (AFP) – Seorang penyampai televisyen Rusia telah mengumumkan secara langsung yang dia dijangkiti positif HIV, satu pendedahan yang jarang berlaku di sebuah negara dengan kadar jangkitan yang meningkat di mana HIV/AIDS masih lagi menjadi subjek yang dilarang untuk dibincangkan.

Pavel Lobkov, seorang penyampaian stesen TV swasta Dozhd dan bekas pembaca berita terkenal dalam televisyen kerajaan, membuat pengumuman tersebut semasa satu rancangan malam kelmarin, berhubung Hari AIDS Sedunia.

Dia merupakan tokoh masyarakat Rusia pertama yang mengesahkan dirinya positif HIV secara terbuka.

Rusia memiliki kadar tertinggi jangkitan HIV di dunia, dengan sekitar 1,000 kes baru didiagnosis setiap bulan dan sejumlah hampir satu juta orang diketahui yang telah dijangkiti, dengan jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.

Lobkov, 48, mengatakan bahawa dia mengetahui keadaan itu lebih sedekad yang lalu, pada 2003, selepas meminta untuk diuji di sebuah klinik swasta.