Penyampaian Hadiah Akademik SM Tanjung Maya

Penyampaian Hadiah Akademik SM Tanjung Maya

TUTONG – Sekolah Menengah Tanjong Maya Tutong telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan  Akademik bagi peperiksaan peringkat BGCE ‘O’ Level, ‘IGCSE’ dan SPA tahun 2014. 19 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan BGCE GCE ‘O’ Level dan ‘IGCSE’ telah menerima hadiah pelajar terbaik dan galakan, manakala 10 orang pelajar berjaya menempatkan diri mereka di dalam senarai ’10 terbaik’ bagi peperiksaan SPA 2014.

Menunjukkan peningkatan

Sekolah Menengah Tanjong Maya Tutong telah menunjukkan peningkatan dalam peratus pelajar yang memperoleh 5 ‘O’ Level ke atas pada tahun 2014 berbanding tahun sebelumnya. Juga disampaikan di dalam majlis tersebut ialah penghargaan dari pihak sekolah kepada guru-guru Tahun 8 dan 11.

Guru-guru dari lapan buah jabatan telah menerima Anugerah Khas SMTM di atas peningkatan dalam peratus kredit mata pelajaran dan 3 orang guru menerima penghargaan pencapaian terbaik 100% kredit bagi mata pelajaran di dalam peperiksaan BGCE ‘O’Level 2014. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi, Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

Salah seorang guru yang telah menerima Anugerah Khas SMTM.
Salah seorang guru yang telah menerima Anugerah Khas SMTM.
Vanessa Deba anak Duwat telah berjaya menerima Anugerah Pelajar Cemerlang 2014  di atas keputusan terbaik dalam peperiksaan BGCE ‘O’ Level 2014.
Vanessa Deba anak Duwat telah berjaya menerima Anugerah Pelajar Cemerlang 2014 di atas keputusan terbaik dalam peperiksaan BGCE ‘O’ Level 2014.

ARTIKEL YANG SAMA