Penyampaian hadiah BITC 2016

Penyampaian hadiah BITC 2016

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Empat pemenang dalam cabutan bertuah sempena Ekspo Perdagangan dan Pengguna Antarabangsa Brunei (BITC) 2016 hari ini menerima hadiah masing-masing pada majlis yang berlangsung di Cityneon, Perindustrian Beribi, di sini.

Tiga pemenang menerima tiket penerbangan sumbangan Penerbangan Diraja Brunei, iaitu Dayang Khairunissa binti Abdullah yang membawa pulang tiket penerbangan untuk seorang ke Dubai, Dayangku Aisah binti Pengiran Haji Hashim memenangi tiket penerbangan untuk seorang ke Jakarta, dan Dayang Nur Salihah binti Haji Yusof memenangi tiket ke Kuala Lumpur.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah berkenaan ialah wakil dari Penerbangan Diraja Brunei dan juga disaksikan oleh Pengarah Urusan Cityneon, Datuk Jack Ting.

Manakala itu, pemenang utama, Dayang Myzifa Arissan binti Mydan turut menerima hadiah berupa sebuah kereta Mitsubishi Wigo sumbangan Cityneon.

Dayang Myzifa Arissan menerima hadiah berupa sebuah kereta Mitsubishi Wigo sumbangan Cityneon.
Dayang Myzifa Arissan menerima hadiah berupa sebuah kereta Mitsubishi Wigo sumbangan Cityneon.

BITC yang berlangsung selama lima hari lalu, dari 27 Februari hingga 2 Mac di BRIDEX Jerudong, telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peserta-peserta luar negara seperti Taiwan, Thailand, Turki, Rusia dan banyak lagi

Menurut Datuk Jack Ting, BITC diadakan bukan saja untuk menarik pengunjung, malahan menggabungkan para pengusaha untuk saling berkomunikasi dan meningkatkan rangkai kerja bermutu serta membantu menambah ekonomi negara.

Pameran bertema ‘Ke Arah Membina Perdagangan Komuniti Yang Mapan’ itu menyediakan sebanyak 380 petak jualan dan turut disertai oleh pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana (PKS) tempatan bagi mengembang luaskan dan memperkenalkan hasil produk-produk keluaran anak tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA