Penyampaian hadiah BLC Pejabat Peguam Negara

Penyampaian hadiah BLC Pejabat Peguam Negara

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Dengan matlamat untuk membantu pegawai dan kakitangannya mengurangkan berat badan menerusi latihan dan diet yang betul, Pejabat Peguam Negara telah menganjurkan Biggest Loser Competition (BLC) yang telah berakhir semalam semalam dengan majlis penyampaian hadiah di Dewan Jubli, Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, di sini.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang ialah Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh.

Muncul juara pertandingan berkenaan ialah Dayang Mariani binti Sallehuddin yang telah berjaya mengurangkan 17.52 peratus daripada berat badan asalnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, seramai 48 orang peserta menyertai pertandingan berkenaan untuk memenangi hadiah wang tunai dengan mengurangkan peratus berat terbesar berbanding berat asal mereka.

Secara keseluruhannya, dalam pertandingan berkenaan, para peserta telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 91.7kg.

Gambar ramai semasa majlis tersebut di Dewan Jubli, Bangunan Undang-undang dan Mahkamah-mahkamah.
Gambar ramai semasa majlis tersebut di Dewan Jubli, Bangunan Undang-undang dan Mahkamah-mahkamah.

Pertandingan berkenaan telah berlangsung selama lima bulan dengan timbangan awal pada 4 Januari hingga timbangan terakhir pada 4 Jun 2016.

Senaman bootcamp oleh Helmi Abdullah Fitness dan senaman Zumba oleh JHK Fitness juga telah diadakan semasa hari terakhir berkenaan.

Sepanjang pertandingan berkenaan, para peserta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti latihan seperti bootcamp, mengembara berjalan kaki, spinning dan zumba.

Dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat, perwakilan dari Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan juga telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit tidak berjangkit dan pemakanan sihat.

ARTIKEL YANG SAMA