Penyampaian hadiah cemerlang bagi pelajar Chung Hwa, Tutong

Penyampaian hadiah cemerlang bagi pelajar Chung Hwa, Tutong

Oleh  Hazman HM

 

TUTONG – Sekolah Chung Hwa Tutong telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Murid- Murid Cemerlang Tahun 2016, baru-baru ini. Majlis yang dijalankan pada waktu pagi itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Haji Yahya bin Haji Abdul Rahman, guru besar sekolah tersebut dan juga ucapan daripada Pengerusi Lembaga Pentadbiran, Soon Seng Lee yang juga selaku tetamu kehormat majlis.

Acara pada pagi itu juga diserikan dengan persembahan tarian oleh murid-murid Pra 3 dan Tahun 6. Acara kemuncak pada pagi itu ialah penyampaian sijil murid-murid Tahun 6 dan Pra 3 dan hadiah murid-murid cemerlang 2016 oleh tetamu kehormat dan ahli-ahli lembaga pengarah pentadbiran sekolah tersebut.

Di akhir majlis tersebut, murid-murid Tahun 6 menyanyikan lagu perpisahan ditujukan khas kepada semua guru-guru sekolah tersebut di atas sumbangan dan didikan guru-guru kepada murid-murid sekolah sepanjang tahun 2016.

Tetamu Kehormat menyampaikan sijil kepada salah seorang murid Tahun 6.
Tetamu Kehormat menyampaikan sijil kepada salah seorang murid Tahun 6.

ARTIKEL YANG SAMA