Penyampaian paket hijau MGCSB

Penyampaian paket hijau MGCSB

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Sebagai sebahagian daripada acara tahunannya sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB) telah memberikan paket hijau kepada seramai 537 orang kakitangannya yang beragama Islam.

Paket-paket hijau berkenaan diserahkan oleh Pengerusi, Malai Haji Abdul Hamid bin Malai Haji Mashhor; Pengarah Pembangunan Perniagaan, Malai Haji Hamir bin Malai Haji Mashhor dan Timbalan Pengarah Operasi, Malai Shamil Faris bin Malai Haji Abdul Hamid kepada wakil dari setiap bahagian di MGCSB pada majlis yang diadakan semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Kewangan dan Pentadbiran MGCSB, Sharifah Hajah Mariam binti Malai Haji Mashhor, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Awam, Haji Osman bin Haji Omar, para pengarah dan pegawai kanan.

Gambar ramai warga Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB) semasa majlis tersebut.
Gambar ramai warga Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB) semasa majlis tersebut.
Penyampaian paket hijau kepada wakil bahagian di MGCSB.
Penyampaian paket hijau kepada wakil bahagian di MGCSB.

ARTIKEL YANG SAMA