Penyanyi dangdut meninggal dunia dipatuk ular

Penyanyi dangdut meninggal dunia dipatuk ular

JAKARTA, 5 April (dpa) – Seorang penyanyi dangdut Indonesia meninggal dunia selepas dia dipatuk seekor ular tedung yang sering dibawanya semasa membuat persembahan, menurut laporan berita hari ini. Irma Bule, 29, sedang menyanyi di sebuah parti di Karawang, Jawa Barat, pada malam Ahad apabila ular tedung yang dibawanya naik ke pentas mematuknya di pahanya, lapor akhbar Republika.

“Dia telah dipatuk apabila sedang menyanyikan lagi kedua dan meninggal dunia pada Isnin,” rakan penyanyi Didi itu dipetik sebagai berkata.

Dia sempat bergurau bersama rakannya selepas menamatkan lagu kedua namun jatuh pengsan selepas itu, menurut Republika.

Dia telah dikejarkan ke hospital bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat patukan ular tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA