Penyanyi ditembak mati

Penyanyi ditembak mati

ORLANDO, 12 Jun (Agensi) – Penyanyi Christina Grimmie yang popular menerusi pertandingan menyanyi The Voice, telah meninggal dunia akibat ditembak selepas menjayakan konsertnya di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.

Dalam kejadian di Plaza Live kelmarin, Grimmie, 22 tahun, sedang menandatangani autograf bersama anggota band Before You Exit, kumpulan yang menjayakan konsert bersamanya, apabila seorang lelaki dengan bersenjata mendekatinya dan melepaskan tembakan.

Abang penyanyi itu berjaya menawannya, lapor agensi berita Reuters.

Gambar yang diambil pada 25 Oktober 2013 menunjukkan Christina Grimmie ketika mengadakan persembahan di Arena Bridgestone di Nashville. Grimmie yang popular menerusi pertandingan menyanyi The Voice telah meninggal dunia akibat ditembak selepas menjayakan konsertnya di Orlando, Florida, Amerika Syarikat. – AP

Jabatan Polis Orlando menerusi Twitter menyatakan bahawa penyanyi itu telah meninggal dunia.

Polis berkata bahawa suspek telah menembak dirinya sendiri sebelum diberkas.

Grimmie memenangi tempat ketiga dalam The Voice 2014.