Penyata Kira-kira TAP dan SCP dipos, tersedia secara online

Penyata Kira-kira TAP dan SCP dipos, tersedia secara online

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan bahawa Penyata Kira-kira untuk simpanan TAP dan SCP ahli bagi Tahun Kewangan 2014/2015 telah pun dipos ke alamat-alamat persuratan ahli.

Ahli-ahli TAP bolehlah membuat penelitian ke atas akaun masing-masing dan menghubungi pihak TAP sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai akaun mereka.

Dalam hubungan ini, TAP dalam kenyataannya di sini menyatakan bahawa pihak mereka turut menerima penyata kira-kira yang dikembalikan penghantarannya disebabkan alamat-alamat ahli yang bertukar dan alamat yang tidak lengkap. Oleh yang demikian, ahli yang belum menerima penyata kira-kira secara fizikal bolehlah mendapatkan penyata mereka secara online melalui portal e-Amanah TAP.

Melalui e-Amanah, ahli boleh mendapatkan maklumat penyata kira-kira mereka pada bila-bila masa.