Penyediaan senjata masih terhad

Penyediaan senjata masih terhad

LONDON, 20 Nov (AFP) – Lebih banyak polis dikerahkan untuk mengawal keselamatan di London selepas insiden serangan Paris berlaku, tetapi langkah itu tidak mungkin menandakan satu anjakan ke arah penyediaan senjata untuk kebanyakan pegawai berkuat kuasa Britain yang sebahagian besarnya tidak bersenjata, kata pakar.

Britain berbangga menjadi salah sebuah daripada beberapa negara di mana pihak polis biasanya tidak membawa senjata api. Walaupun imej anggota polis dianggap ketinggalan zaman, dengan memakai topi tinggi, membawa belantan dan gari, tetapi setakat ini hanya 2,000 anggota daripada 32,000 pegawai di ibu negara dilengkapi dengan senjata api.

Walau bagaimanapun, penggunaan pistol dan bom di dalam serangan terancang di Paris Jumaat lepas, dan juga kajian semula belanjawan polis Britain minggu depan, telah mendorong memikirkan semula perkara tersebut.

“Akan terdapat lebih banyak senjata api diberikan kepada pegawai setiap hari,” Pesuruhjaya Metropolitan Polis London, Bernard Hogan-Howe memberitahu kepada radio LBC minggu ini. Polis Britain berbangga dengan sejarah mereka mengawal tanpa bersenjata dan berkhidmat kepada rakyat, bukan negeri.

ARTIKEL YANG SAMA