Penyeksaan selubungi kes kehilangan 43 pelajar

Penyeksaan selubungi kes kehilangan 43 pelajar

BANDA RAYA MEXICO, 25 April – Penyiasat bebas telah mengeluarkan laporan pedas semalam berhubung kehilangan 43 pelajar Mexico, menuduh kerajaan menghalang siasatan mereka dan mendakwa bahawa beberapa suspek telah didera.

Selepas siasatan selama setahun yang berakhir bulan ini, pakar-pakar asing daripada Suruhanjaya Amerika Syarikat dalam Hak Asasi Manusia tidak dapat menyelesaikan satu kes yang mengejutkan masyarakat antarabangsa dan mencetuskan protes terhadap Presiden Enrique Pena Nieto.

Sungguhpun misteri masih menyelubungi kes tersebut, laporan itu membuat panggilan untuk siasatan terhadap kelakuan polis persekutuan dan tentera pada malam 26 higga 27 September 2014, apabila 43 orang pemuda hilang di bandar Iguala, selatan negeri Guerrero.

Pakar-pakar juga menyebutkan laporan perubatan menunjukkan “kesan-kesan besar terhadap layanan buruk dan penyeksaan” terhadap 17 daripada lebih 100 suspek yang ditahan dalam kes itu, dengan beberapa mereka mendakwa telah menerima kejutan elektrik keatas badan mereka dan kepala mereka ditutupi dengan beg.

Pejabat peguam negara kemudian menyatakan bahawa ia adalah siasatan dakwaan penyeksaan terhadap 31 suspek. Sebahagian dari laporan halaman 605 – misi kedua – telah didedikasikan kepada ‘halangan’ yang dihadapi oleh pakar-pakar dari pihak berkuasa, yang semakin teruk bermula pada bulan Januari.

Saudara-mara daripada 43 pelajar yang hilang mendengar laporan dari kumpulan pakar antarabangsa, di Bandar Raya Mexico, pada Ahad lalu. – AP
Saudara-mara daripada 43 pelajar yang hilang mendengar laporan dari kumpulan pakar antarabangsa, di Bandar Raya Mexico, pada Ahad lalu. – AP

Sebuah kenyataan menunjukkan ‘kepentingan yang kecil’ dalam menggerakkan kes itu ke hadapan dengan penyiasatan yang baru dan ia adalah ’mustahil’ bagi pakar-pakar untuk menemubual semula 17 daripada suspek itu, kata laporan itu.

“Kumpulan itu juga telah mengalami kempen (media) yang bertujuan untuk menjatuhkan orang sebagai satu cara untuk mempersoalkan kerja mereka,” kata laporan itu dari lima orang anggota panel – dua peguam dari Colombia, satu lagi dari Chile, bekas Peguam Negara daripada Guatemala dan seorang ahli psikologi Sepanyol. – AFP