Penyelam akuarium Singapura maut disengat ikan pari

Penyelam akuarium Singapura maut disengat ikan pari

SINGAPURA, 5 Okt – Seorang penyelam Singapura telah meninggal dunia selepas disengat di dada oleh ikan pari di pusat tarikan dalam air di negara kota itu, kata pemilik akuarium hari ini.

Penyelam veteran Philip Chan, 62, disengat semalam di Underwater World Singapura dalam satu ‘kemalangan tragik,’ ketika menyediakan ikan pari untuk dipindah ke akuarium lain, kata pemilik akuarium Haw Par Corporation dalam satu kenyataan.

Beliau meninggal dunia kemudian akibat kecederaan yang dialaminya di hospital.

Kejadian itu mengembalikan kenangan penyokong pemuliharaan selebriti Australia Steve Irwin, yang dibunuh oleh cangkuk ikan pari di dada pada 2006 ketika satu ekspedisi menyelam di luar Terumbu Besar Sawar.

Haw Par berkata ia telah menggantung program pemindahan haiwan tersebut sementara siasatan polis dilancarkan.

Gambar fail 7 Disember 2013 menunjukkan pelawat berjalan melalui terowong kaca di Underwater World di Pulau Sentosa di Singapura. - AFP
Gambar fail 7 Disember 2013 menunjukkan pelawat berjalan melalui terowong kaca di Underwater World di Pulau Sentosa di Singapura. – AFP

Pusat berusia 25 tahun di pulau peranginan Sentosa ditutup pada Jun apabila ia tidak dapat bersaing dengan tarikan yang lebih baru di pulau yang sama, termasuk akuarium dan taman pengembaraan air yang lebih besar.

Dolfin merah jambu, anjing laut dan memerang dipindahkan ke Chimelong Ocean Kingdom di Zhuhai, China, salah satu taman marin terbesar di dunia, sementara makhluk laut lain masih mencari tempat tinggal baru, lapor media tempatan.

Masih tidak jelas spesis ikan pari yang mana satu yang menyerang Chan di dada. Ikan pari biasa ditemui di perairan tropika dan cangkuk mereka, terletak di hujung ekor mereka, disalut oleh bias yang digunakan oleh mereka apabila terancam.

Sementara sengatan haiwan adalah sakit, mereka jarang menyerang manusia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA