Penyelam tentera laut AS bantu pulihara legasi USS Salute

Penyelam tentera laut AS bantu pulihara legasi USS Salute

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Pasukan penyelam dari Unit Menyelam dan Penyelamatan Tentera Laut Amerika Syarikat bekerjasama dengan anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei melakukan operasi menyelam ke bangkai kapal USS Salute, sebuah kapal pemusnah periuk api era Perang Dunia Kedua yang tenggelam akibat terkena periuk api Jepun semasa berlaku Pertempuran Borneo.

Operasi penyelaman itu merupakan yang pertama kali dilakukan oleh tentera laut AS ke atas bangkai kapal USS Salute, yang terdampar kira-kira 90 kaki di dasar perairan Teluk Brunei. Operasi itu dilakukan tatkala penyelam-penyelam menaiki kapal USNS Salvot (T-ARS-52) yang berada di Brunei bagi mengikuti latihan Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) 2016.