Penyelamat berusaha bantu mangsa banjir Pakistan

Penyelamat berusaha bantu mangsa banjir Pakistan

PESHAWAR, Pakistan, 4 April (AFP) – Para penyelamat sedang bergelut hari ini untuk membantu ribuan orang yang terkandas akibat banjir dan tanah runtuh di barat laut Pakistan dan sebahagian Kashmir, kata para pegawai, ketika jumlah kematian meningkat kepada 55 orang.

Para pegawai pengurusan bencana di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, tempat 47 orang telah meninggal dunia sejak hujan lebat bermula malam Sabtu, mengatakan mereka sedang berkonsultasi dengan pihak tentera tentang operasi menyelamat di sana di tengah kebimbangan jumlah kematian akan meningkat.

“Kami cuba untuk mengatur sebuah helikopter untuk membantu penduduk yang terkandas di bawah runtuhan rumah-rumah mereka,” kata jurucakap bagi Penguatkuasaan Pengurusan Bencana Wilayah, Latifur Rehman kepada AFP.

Pihak berkuasa mengatakan ia telah menerima laporan kemusnahan berpuluh buah rumah namun gagal untuk mengunjungi mereka yang terjejas di tiga daerah di wilayah barat laut.

“Kami perlu mengeluarkan mayat dan mereka yang cedera dihempap runtuhan dan menyediakan makanan serta khemah kepada mangsa yang terselamat,” kata Rehman, menambah bahawa empat trak membawa bekalan telah dihantar kepada daerah yang terjejas.

ARTIKEL YANG SAMA