Penyelamat cuba bebaskan pelombong Indonesia

Penyelamat cuba bebaskan pelombong Indonesia

JAKARTA, 14 Feb – Satu operasi menyelamat sedang dijalankan hari ini untuk membebaskan seorang pelombong yang terperangkap selama tujuh hari dalam sebuah lombong emas bawah tanah di pulau Halmahera di wilayah Maluku Utara, Indonesia.

Penggali solo itu, Mursalim Sahman, 36, dilaporkan dalam keadaan baik di sebalik terperangkap dalam terowong kecil 300 meter di bawah tanah dan berhubung dengan keluarganya menggunakan talian telefon yang baru. Lombong emas Gosowong dioperasi oleh PT Nusa Halmahera Mineral, satu perkongsian antara Newcrest Mining, Australia, yang mengawal 75 peratus saham dan dimiliki oleh pelombong PT Aneka Tambang. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA