Penyelewengan dana di Sabah: SPRM reman tiga lagi individu

KOTA KINABALU, 10 Okt – Tiga lagi individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di Sabah.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus  mengeluarkan perintah reman selama lima hari mulai hari ini terhadap ketiga-tiga mereka selepas membenarkan permohonan  Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga mereka yang merupakan pemimpin daripada dua buah parti ditahan  oleh SPRM semalam.

Sebelum ini, tiga individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar sejumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada  RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan dalam sebuah kementerian.