Penyelia binaan stadium Olimpik Jepun akan letak jawatan

Penyelia binaan stadium Olimpik Jepun akan letak jawatan

TOKYO, 28 Julai (Reuters) – Pegawai yang ditugaskan untuk menyelia pembinaan Stadium Kebangsaan baru Jepun yang bakal menjadi stadium utama Olimpik Musim Panas 2020, bersedia untuk meletak jawatan selepas rancangan bagi arena itu dihentikan gara-gara kos yang semakin meningkat mencetuskan kemarahan.

Keputusan Perdana Menteri Shinzo Abe untuk membawa stadium itu ‘kembali kepada perancangan sifar’, yang juga meninggalkan persaingan ragbi Piala Dunia 2019 tanpa tempat untuk beberapa perlawanan utama telah menjejaskan reputasi Jepun yang terkenal dengan kekuatan organisasi sehingga mencetuskan pusingan menuding jari kepada kerajaan.

Kekecohan itu mencetuskan seruan agar Menteri Pendidikan dan Sukan, Hakubun Shimomura bertanggungjawab kerana ia menjadi tanggungan politik Abe ketika kemarahan terhadap kenaikan kos itu semakin meluas.

Kimito Kubo, 58, seorang pegawai dalam kementerian sukan yang mengetuai divisyen menyelia pembinaan stadium itu, akan meletak jawatan atas alasan peribadi, kata kementerian itu hari ini.

“Ini keputusan umum yang dibuat sebagai sebahagian daripada rombakan standard,” Shimomoura memberitahu wartawan, yang memetik bahawa persoalan tanggungjawab akan ditangani oleh suruhanjaya pihak ketiga yang bertugas dengan menilai perkara terbabit.

“Saya mengharapkan mereka untuk membincangkan isu ini termasuk sama ada atau tidak saya juga bertanggungjawab,” tambah Shimomura.

Stadium itu bersedia untuk menghoskan acara padang dan balapan dengan acara pembukaan dan penutupan sukan Tokyo 2020.

Para pegawai berkata rekaan asal stadium itu oleh Zaha Hadid yang berpangkalan di UK, membantu Tokyo untuk mendapatkan hak penganjuran pada 2013.

ARTIKEL YANG SAMA