Penyelidik hasil gambar cetakan berwarna paling kecil

Penyelidik hasil gambar cetakan berwarna paling kecil

ZURICH, 22 Dis (dpa) – Para penyelidik di Switzerland mengatakan mereka telah menghasilkan gambar berwarna paling kecil di dunia daripada sebuah pencetak inkjet – saiz keratan rentas bagi sehelai rambut manusia.

Tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ia menggambarkan tiga ikan clownfish dalam rumah buran mereka, dengan gambar itu berukuran 0.0092 milimeter persegi, atau 80 x 115 mikrometer, umum Institut Teknologi Swiss Federal (ETHZ) di Zurich.

Ia telah mencipta teknologi pencetakan ‘kaedah baru’ 3D NanoDrip, yang kini telah dikomersialkan oleh syarikat ETHZ, Scrona.

Sebelum gambar paling kecil itu diiktiraf oleh Guinness World Records, ia perlu diperiksa di bawah mikroskop khas.

Kunci utama kepada kualiti tinggi latar bawah laut itu, kata ETHZ, adalah yang digelar titik sekumit (QD). Nano partikel ini memancarkan cahaya berlainan warna bergantung pada saiz mereka.

Mesin pencetak inkjet yang menghasilkan imej berwarna paling kecil di dunia.
Mesin pencetak inkjet yang menghasilkan imej berwarna paling kecil di dunia.

Untuk mencipta gambar clownfish dan buran, beberapa lapisan QD merah, hijau dan biru perlu dicetak di atas masing-masing pada jarak antara piksel kira-kira 500 nanometer sahaja.

QD, dikenali kerana warna terangnya, kini banyak digunakan meluas dalam paparan panel nipis.

ETHZ mengatakan peranan mereka dalam menghasilkan imej mini beresolusi tinggi itu mendedahkan pembukaan ‘jalan baru’ bagi material nanostruktur dalam elektronik dan optik, terutamanya dalam sektor paparan.

Disebabkan gambar kecil itu mengambil masa beberapa jam untuk dihasilkan, oleh itu teknologi tersebut memerlukan beberapa pendorong kelajuan.