Penyelidik jangka temui planet ke-9

Penyelidik jangka temui planet ke-9

CAPE CANAVERAL, 21 Jan – Sistem solar mungkin menganjur planet kesembilan yang kira-kira 10 kali lebih besar daripada Bumi dan mengelilingi lebih jauh daripada Neptun, menurut satu penyelidikan yang disiar semalam.

Simulasi komputer menunjukkan planet misteri itu, jika ia wujud, akan mengelilingi lebih 50 kali lebih jauh daripada mata hari berbanding Bumi, kata ahli astronomi dengan Institut Teknologi California di Pasadena. Setakat ini, planet itu masih belum diperhatikan secara langsung.

“Ia adalah bahagian besar sistem solar kami yang masih berada di luar sana yang perlu ditemui, yang agak menarik,” kata ahli astronomi Mike Brown, di mana penemuannya disiarkan dalam Jurnal Astronomi pada minggu ini.

Brown dan ahli astronomi Konstantin Batygin, juga di Caltech, pada mulanya berasa ragu-ragu planet besar sedemikian berjaya mengelakkan diri daripada dikesan. Namun mereka membuat model hipotesis kesan graviti planet ke atas beberapa cakarawala dikenali di rantau dan menemui padanan yang hampir sama.

Mike Brown berucap di hadapan sebuah simulasi komputer terhadap orbit Planet Sembilan di Institute Teknologi California di Pasadena, California. - Reuters
Mike Brown berucap di hadapan sebuah simulasi komputer terhadap orbit Planet Sembilan di Institute Teknologi California di Pasadena, California. – Reuters

Model komputer itu juga meramalkan lokasi objek lain di luar Neptun, di sebuah rantau yang dikenali sebagai Kawasan Kuiper, dan mereka yang ditemui dalam tinjauan arkib. Pada masa itu, “saya amat terkejut,” kata Brown dalam satu kenyataan.

Penyelidikan Brown sebelumnya membantu menurunkan taraf Pluto pada 2006 sebagai planet kesembilan sistem solar selepas cakarawala kecil lain ditemui di luar Neptun.

“Kesemua orang berkenaan yang marah Pluto bukan lagi satu planet boleh berasa teruja untuk mengetahui bahawa terdapatnya planet sebenar di luar sana yang masih boleh ditemui,” kata Brown. – Reuters