Penyeludup dadah ‘amatur’ tumpas

Penyeludup dadah ‘amatur’ tumpas

WELLINGTON, 14 Jun (AFP) – Beberapa pencerobohan dengan bot oleh sekumpulan penyeludupan dadah yang tidak mempunyai pengalaman di laut telah membawa kepada perampasan methamphetamine terbesar di New Zealand, dengan usaha mereka terkial-kial menimbulkan kecurigaan penduduk setempat, menurut polis hari ini.

Perampasan dadah seberat 494 kilogram dengan nilai pasaran gelap AS$347 juta, adalah yang terbesar di New Zealand, yang mengatasi satu jumlah syabu yang dirampas di negara Pasifik Selatan itu tahun lalu, iaitu seberat 334 kilogram.

Pihak polis berkata penduduk setempat menemui bot yang ditinggalkan di pantai terpencil 90 Mile Beach Ahad lalu dan juga melaporkan sekumpulan lelaki berkelakuan mencurigakan di kawasan itu beberapa minggu kebelakangan.

Menurut mereka lelaki-lelaki itu yang kewarganegaraan mereka tidak didedahkan, tidak berjaya dalam cuba melancarkan bot-bot dari pantai, kemudian menawarkan penduduk tempatan sejumlah wang tunai untuk membantu mereka.

Apabila pihak polis menemui bot itu, sebuah kenderaan yang digunakan oleh kumpulan melintas dengan laju dan ditahan selepas berlaku sekejap drama kejar-mengejar.

Dua lelaki berusia 26 dan 31 tahun telah diberkas.

Tidak lama kemudian sebuah campervan yang dipandu oleh lelaki ketiga, berusia 19 tahun telah ditahan dan dari pemeriksaan menemui beberapa bagasi yang mengandungi beg-beg berzip penuh dengan dadah berjumlah 448 kg.

Pihak polis juga menemui peranti GPS dalam kenderaan pertama yang mempunyai koordinat yang membawa kepada beberapa gumuk pasir, yang mana semalam para pegawai telah mengoreknya dan menemu dadah lagi seberat 46 kg.

“Kami menerima pemakluman ini dan membolehkan kami sampai ke tahap ini,” kata Superitenden Russel Le Prou.

ARTIKEL YANG SAMA