Penyeludup dadah ditembak mati polis

Penyeludup dadah ditembak mati polis

MANILA, 29 Mei – Polis Filipina telah membunuh tiga suspek penyeludup   dadah dalam satu kejadian tembak-menembak, kata pegawai hari ini, kematian terbaru sedemikian selepas pemilihan pemimpin anti-jenayah Rodrigo Duterte sebagai presiden.

Beberapa siri pembunuhan penjenayah baru-baru ini oleh polis telah mencetuskan kebimbangan mengenai tindakan keras di luar bidang kehakiman di negara itu selepas pemimpin Duterte berikrar akan menghapus jenayah dengan apa cara sekalipun.

Polis dipanggil ke rumah peniaga dadah yang disyaki di pulau kecil Banacon di tengah Filipina sebelum subuh semalam apabila kejadian tembak-menembak meletus di antara tersangka dan polis, meninggalkan tertuduh dan tiga rakan cedera.

Penyeludup dadah yang dituduh Rowen Secretaria dan dua lelaki tidak dikenalpasti disahkan mati selepas dibawa ke hospital, sementara lelaki keempat menerima rawatan untuk luka tembakan, beritahu pegawai polis tempatan Roel Lagora kepada AFP. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA