Penyeludup tongkeng ayam mengaku tidak bersalah

Penyeludup tongkeng ayam mengaku tidak bersalah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan memiliki 10 kilogram tongkeng ayam yang tidak mendapat kebenaran pihak kastam pada 2013.

Mohd Firgihan bin Haji Hamdi, 34, didakwa memiliki tongkeng ayam tersebut dalam keretanya pada 18 Mei 2013 sekitar jam 2:37 petang di kawasan Rancangan Perumahan Kampung Rimba.

pg06_160531_mahkamah logo2

Dia didakwa mengikut Seksyen 140(1)(d) Perintah Kastam 2006 dan dihukum di bawah Seksyen 140(1)(iii) Perintah yang sama iaitu bagi kes barang larangan, denda tidak kurang daripada dua kali ganda nilai barangan atau $40,000, (mana-mana jumlah yang lebih rendah), dan tidak melebihi daripada lima kali ganda nilai barangan, atau $40,000 (mana-mana jumlah yang lebih tinggi).

Jika nilai barangan tidak dapat ditentukan, hukumannya boleh membawa kepada denda tidak melebihi daripada $40,000.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain menetapkan 13 Jun untuk sebutan seterusnya, dan membenarkan defendan dilepaskan dengan ikat jamin.

ARTIKEL YANG SAMA