Penyerahan baju-T bagi pertandingan kikik

Penyerahan baju-T bagi pertandingan kikik

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – AJK Pertandingan Kikik Kampung Batu Marang hari ini menerima baju-T tajaan penduduk kampung dalam majlis penyerahan yang berlangsung di kediaman Awang Japar bin Haji Mohammad, baru-baru ini.

Penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Kikik Negara Brunei Darussalam (PEKIKIK), Haji Mohamad Isa bin Haji Marsidi.

Penyerahan Tajaan Baju T kepada AJK Pertandingan Kikik yang dianjurkan oleh Penduduk2 Kampung Batu Marang telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Kikik Negara Brunei Darussalam (PEKIKIK), Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi yang berlangsung dirumah kediaman Awang Japar Kampung Batu Marang, baru-baru ini.

Penyerahan baju-T tajaan daripada penduduk kampung.
Penyerahan baju-T tajaan daripada penduduk kampung.

Haji Mohammad berharap dengan adanya tajaan itu, ahli jawatankuasa pertandingan akan diharap dapat melangsungkan pertandingan dengan lancar dan jayanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Sukan MPK Batu Marang, Haji Teruna bin Pengarah Haji Abdul Rahman, Awang Mohammad Asrul bin Haji Maidin dan Awang Jasri bin Japar selaku penganjur dan penduduk kampung.

ARTIKEL YANG SAMA