Penyerahan majalah L’Essential

Penyerahan majalah L’Essential

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Sim Y. H

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka ke-70 tahun, Ketua Pegawai Eksekutif Prestige Communication, Laurent Taieb, hari ini telah menyampaikan senaskah majalah L’Essential edisi bulan Julai/Ogos kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Kedua, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dalam majlis penyampaian di Jabatan Perdana Menteri.

Majalah Perancis berkenaan memfokuskan mengenai sumbangan dan pengukuhan daya tarikan pemimpin Brunei kepada pemimpin politik dan ekonomi dari negara-negara luar lain.

Yang Berhormat Pehin Dato Lim Jock Seng menerima majalah, L’Essentiel daripada Laurent Taieb.
Yang Berhormat Pehin Dato Lim Jock Seng menerima majalah, L’Essentiel daripada Laurent Taieb.