Penyerahan peta sensitiviti pantai Brunei

Penyerahan peta sensitiviti pantai Brunei

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Okt – Dalam usaha untuk menghasilkan peta rujukan bagi kawasan persisiran pantai di Brunei untuk dijadikan panduan bagi pengurusan dan pembangunan kawasan persisiran pantai dan pasukan tindak balas tumpahan minyak, majlis penyerahan peta Brunei Darussalam Coastal Sensitvity Map telah diadakan hari ini.

Majlis penyerahan peta kepada agensi-agensi yang terlibat dalam penyediaan peta itu berlangsung di Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama disempurnakan oleh Pengurus Besar Perkhidmatan Marin, PB Logistik Sdn Bhd, Haji Salihin bin Haji Aspar.

Coastal Sensitivity Map ini memberikan gambaran strategik pelbagai aspek sumber pantai dan kawasan sensitif alam sekitar yang terdapat di kawasan persisiran pantai.

Ia merupakan alat penting dalam usaha pelaksanaan pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar negara ini dan dengan penghasilan peta tersebut, ia menandakan kejayaan dalam usaha kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta di peringkat kebangsaan ke arah pengurusan dan perlindungan sumber marin mapan.

Salah seorang wakil dari agensi yang terlibat dalam penyediaan peta menerima penyerahan Brunei Darussalam Costal Sentitivity Map daripada Haji Salihin.
Salah seorang wakil dari agensi yang terlibat dalam penyediaan peta menerima penyerahan Brunei Darussalam Costal Sentitivity Map daripada Haji Salihin.

Pemangku Pengarah Jabatan Perikanan, Dayang Rahimah binti Haji Abdul Wahab di majlis itu menjelaskan, Coastal Sensitivity Map yang pertama telah dimajukan dan diterbitkan oleh Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd sebagai konsep bagi rancangan tindak balas tumpahan minyak pada 1992.

“Peta ini digunakan di Brunei Darussalam sebagai satu cara untuk mengenal pasti bidang sensitiviti serta membantu dengan memberi tindak balas kecemasan di persisiran pantai,” jelasnya.

Beliau seterusnya menambah, peringkat kebangsaan latihan kecemasan pada 2012, peta tersebut dikenal pasti memerlukan untuk memasukkan aspek tambah berkaitan dengan pengendali dan aktiviti lain di Brunei. Ini juga termasuk pembangunan baru di kawasan berdekatan dengan persisiran pantai yang berkaitan dengan sensitiviti pantai.

Katanya lagi, “pengiktirafan segara Brunei untuk mempunyai kemas kini sensitiviti pantau, Jabatan Perikanan bersetuju untuk pembangunan peta pada April 2014 dan mula melibatkan semua pihak berkepentingan dalam proses pembangunan ini dengan sokongan Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri”.

Ke arah menjayakan projek ini, pakar dalam kerja-kerja ukur dan alam sekitar turut dijemput untuk mengambil bahagian dalam proses pembangunan ini.

Jabatan Perikanan dengan kerjasama Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri melaksanakan projek pemetaan kawasan sensitif alam sekitar di persisiran pantai ini sejak tahun lalu dengan sokongan jabatan kerajaan yang berkenaan serta agensi pembangunan industri minyak dan gas.

Terdahulu majlis penyerahan peta, demonstrasi mengenai peta disampaikan oleh wakil dari Petroleum Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA