Penyerahan sumbangan RBC kepada DANA

Penyerahan sumbangan RBC kepada DANA

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Royal Brunei Catering (RBC), hari ini, menyerahkan sumbangan berjumlah $27,292.58, yang merupakan hasil perniagaan gerai Ramadan, kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA).

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah RBC, Awang Junaidi bin Haji Masri kepada Penolong Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Haji Puasa bin Haji Jumat selaku waki pihak DANA.

Majlis penyerahan berlangsung di Restoran Dynasty, Hotel Centrepoint, Gadong, petang tadi dengan disaksikan oleh Pengurus Besar RBC, Awang Ahmad Husaini bin Hassan bersama pegawai dan kakitangan RBC yang hadir di majlis itu.

Sumbangan itu merupakan hasil projek pengumpulan dana tahun ini, yang mana $2 dikutip daripada setiap pelanggan yang membuat pembelian menerusi Bufet Sungkai RBC sepanjang bulan Ramadan lalu. Di samping itu juga, 10 peratus daripada hasil pendapatan jualan bazar Ramadan juga didermakan kepada DANA.

Antara cawangan RBC yang telah menyertai sumbangan DANA tahun ini ialah Restoran Dynasty, Restoran Anjung Saujana, Restoran Seasons, Express Fast Food, RBC Outside Catering dan Kafeteria di Kementerian Kewangan.

Selain membuat kutipan DANA melalui Bufet Sungkai dan Bazar Ramadan, RBC turut mendermakan Bubur Lambuk setiap hari Jumaat semasa bulan Ramadan kepada pesakit-pesakit dan keluarga mereka di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Hospital Pengiran Muda Makhota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Tutong dan Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC).

Awang Junaidi (tengah) menyerahkan sumbangan dana kepada Haji Puasa (kanan) yang telah disaksi-kan oleh Awang Ahmad Husaini (kiri).
Awang Junaidi (tengah) menyerahkan sumbangan dana kepada Haji Puasa (kanan) yang telah disaksi-kan oleh Awang Ahmad Husaini (kiri).

ARTIKEL YANG SAMA