Penyerahan surat takziah

Penyerahan surat takziah

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki semalam menyerahkan surat takziah daripada Menteri Hal Ehwal Luar Jepun, Fumio Kishida kepada Pengiran Haji Yura Halim, anak Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran (Dr.) Haji Mohd Yusuf bin Pengiran Haji Abdul Rahim, bekas ketua menteri dan ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Penyerahan itu dibuat berdasarkan hubungan istimewa Allahyarham YAM PSN Pengiran Dr. Haji Mohd Yusuf bukan sahaja dengan Jepun secara keseluruhannya sebagai bekas duta Brunei ke Jepun, namun kaitannya dengan Bandar raya Hiroshima yang merupakan bandar kelahiran Menteri Luar Kishida.

Allahyarham YAM PSN Pengiran Dr. Haji Mohd Yusuf belajar di Universiti Hiroshima dalam 1945 di mana allahyarham terselamat daripada peristiwa pengeboman atom 1945 dan mendapat ijazah kedoktoran kehormat dari Universiti Hiroshima dalam 2013 atas peranannya mempromosikan keamanan dan hubungan muhibah antara Jepun dan Brunei Darussalam.

Allahyarham juga menerima Grand Cordon of Order of Rising Sun daripada kerajaan Jepun dalam 1985.

Puan Yang Terutama Noriko Iki ketika menyerahkan surat takziah kepada Pengiran Haji Yura Halim.
Puan Yang Terutama Noriko Iki ketika menyerahkan surat takziah kepada Pengiran Haji Yura Halim.

ARTIKEL YANG SAMA