Penyerahan surat untuk mangsa kebakaran

Penyerahan surat untuk mangsa kebakaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jan – Berhubung dengan kejadian kebakaran di Kampung Lurong Dalam dan Kampung Pandai Besi A, Mukim Burong Pingai Ayer pada 7 dan 23 Disember 2016, Jabatan Perkhidmatan Pos ingin memaklumkan kepada para penduduk yang terjejas supaya mengambil persuratan mereka mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Jabatan Perkhidmatan Pos dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan, segala persuratan penduduk yang berkenaan boleh diambil di Penyerahan Tingkap, Pejabat Besar Pos, Jalan Elizabeth II, Bandar Seri Begawan.

Urusan penyerahan segala persuratan akan diadakan dari hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dan dari jam 1:30 petang hingga jam 4 petang

ARTIKEL YANG SAMA