Penyerahan tugas Polis Diraja Brunei

Penyerahan tugas Polis Diraja Brunei

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Penguasa Polis Mazalan bin Awang Yaakub, semalam, secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei Muara setelah menerima tugas daripada Penguasa Kanan Polis Husaini bin Haji Mat Zain pada upacara yang diadakan di Padang Kawad Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan, semalam.

Upacara telah dimulakan dengan mantan Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei-Muara, Penguasa Kanan Polis Husaini menerima tabik hormat diikuti dengan pemeriksaan barisan, sebelum menyempurnakan penyerahan tugas kepada Penguasa Polis Mazalan.

Majlis kemudiannya turut menyaksikan kenaikan pangkat lima orang anggota APO ke Lans Koperal APO dan diikuti dengan Penyampaian Sijil Kepujian Pesuruhjaya Polis yang disempurnakan oleh Penguasa Polis Mazalan.

Wakil Syarikat Intracorp (B) Sdn Bhd menerima sijil kepujian atas bantuan yang diberikan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei.
Wakil Syarikat Intracorp (B) Sdn Bhd menerima sijil kepujian atas bantuan yang diberikan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei.
Antara anggota polis yang dinaikkan pangkat.
Antara anggota polis yang dinaikkan pangkat.

Sijil Kepujian Pesuruhjaya Polis berkenaan diberikan kepada pegawai dan anggota Polis Diraja Brunei khususnya Daerah Polis Brunei Muara atas kecemerlangan tugas sehingga tertangkapnya penjenayah-penjenayah berhubung kes rompak dan percubaan rogol serta kes melibatkan laporan palsu mengenai bom di kawasan pusat komersial Gadong pada Julai lalu.

Di samping itu, sijil kepujian tersebut turut diberikan kepada Syarikat Intracorp (B) Sdn Bhd atas bantuan yang diberikan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei dalam menangani situasi bom tersebut, yang diwakili oleh Wilson Lee selaku Pengurus Operasi.

ARTIKEL YANG SAMA