Penyerahan wang zakat Serikandi

Penyerahan wang zakat Serikandi

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 3 Julai – Syarikat Kumpulan Serikandi bersama dengan anak-anak syarikatnya telah menunaikan kewajiban untuk mengeluarkan zakat perniagaan yang berjumlah lebih $50,000, dengan majlis penyerahannya telah diadakan di Pejabat Ketua Pejabat Ugama di Jabatan Hal Ehwal Ugama Belait, di sini.

Penyerahan zakat perniagaan syarikat tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Shaikh Khalid bin Shaikh Haji Ahmad kepada Ketua Pejabat Ugama, Haji Asminan bin Haji Chuchu.

Daripada jumlah zakat berkenaan, Restoran dan Kafe Serikandi mengeluarkan sebanyak $5,425.23, Serikandi Management Services sejumlah $1,082.20, Restoran Ya Nur sejumlah $7,681.35, Serikandi Oilfield Services Sdn Bhd sebanyak $17,843.30, Ya Nur Trading Company Sdn Bhd sebanyak $16,217.00 dan Serikandi Xpress sebanyak $2,524.37.

Shaikh Khalid menyerahkan zakat perniagaan kepada Haji Asminan.
Shaikh Khalid menyerahkan zakat perniagaan kepada Haji Asminan.

ARTIKEL YANG SAMA