Penyerang berani mati sasar Damsyik utara

Penyerang berani mati sasar Damsyik utara

DAMSYIK, 4 Mei (AFP) – Anggota gabungan Al-Qaeda Al-Nusra Front mendakwa bertanggungjawab hari ini atas serangan berani mati ke atas kejiranan Damsyik yang dikawal rejim itu, menurut kumpulan itu melalui Twitter.

Pada pagi hari ini, sekumpulan pemberontak yang menunggang motosikal telah menyerang kejiranan Rukn al-Din dan meletupkan bom berani mati apabil pasukan keselamatan menghampiri mereka, menurut pegawai keselamatan memberitahu AFP.

“Apabila mereka menyedari yang mereka tidak dapat melarikan diri, salah seorang daripada mereka telah meledakkan bom di tali pinggang yang dipakainya,” katanya, mengatakan pasukan keselamatan membunuh penyerang yang lain.

Serangan itu berlaku berhampiran bangunan tentera yang digunakan oleh jabatan logistik tentera Syria.

Pegawai keselamatan menafikan ketua jabatan itu, Jeneral Mohammad Eid, telah disasarkan, namun Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria mengatakan letupan itu mencederakan Eid dan membunuh seorang pengawal keselamatannya.

Hospital Hisham Sinan memberitahu AFP bahawa enam orang telah tercedera dalam letupan itu.

ARTIKEL YANG SAMA