Penyerang berpisau cedera 7 kanak-kanak

Penyerang berpisau cedera 7 kanak-kanak

BEIJING, 25 Nov – Seorang penyerang berpisau telah mencederakan tujuh kanak-kanak di luar sekolah rendah di utara China.

Dua orang dewasa juga cedera dalam serangan pada Jumaat di Hanzhong. Menurut badan penyiaran kerajaan CCTV, suspek merupakan seorang lelaki berusia 58 tahun yang jelasnya ingin ‘menuntut balas dendam ke atas masyarakat’ selepas didakwa kerana mencuri.

Gambar yang disiarkan oleh media kerajaan dalam media sosial menunjukkan kanak-kanak telah dibawa menggunakan usungan. Biro keselamatan awam tempatan dan jabatan propaganda tidak menjawab telefon pada panggilan Jumaat. – AP

ARTIKEL YANG SAMA