Penyerang culik, bakar rumah

Penyerang culik, bakar rumah

YANGON, 9 Nov – Seramai 15 penyerang bersenjata telah membawa lari dua orang penduduk kampung, membakar rumah mereka di Maungtaq, negeri Rakhine, barat Myanmar ketika bantuan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mula tiba ke kawasan terjejas, lapor media rasmi hari ini.

Penyerang itu tiba di kampung Phykarli pada malam Isnin, sebelum memecah masuk ke rumah mereka dan menawan dua orang penduduk kampung selepas membakar rumah tersebut.

Sejurus selepas insiden itu, pasukan kerajaan melancarkan operasi penggeledahan kawasan di sekitar kampung tersebut, menurut laporan itu.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan juga menangkap dua orang yang disyaki memberikan bantuan kepada para penyerang berkenaan.

Pada hari yang sama, Pejabat PBB bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan berkata dalam satu kenyataan bahawa Program Makanan Sedunia (WFP) mula menghulurkan bantuan kepada kira-kira empat buah kampung di Maungtaw.

Kenyataan PBB berkata kira-kira 150,000 orang telah terputus daripada menerima bantuan barangan, wang tunai dan nilai pemakanan selama empat minggu lalu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA