Penyerang duta besar AS kena 12 tahun penjara

Penyerang duta besar AS kena 12 tahun penjara

SEOUL, 11 Sept (AFP) – Seorang lelaki warga Korea Selatan menjadi dalang serangan pisau mengejutkan yang mengakibatkan duta besar AS di Seoul memerlukan 80 jahitan pada mukanya, telah disabit bersalah atas percubaan membunuh, hari ini dan dipenjarakan selama 12 tahun.

Pendakwa meminta hukuman penjara 15 tahun terhadap Kim Ki-Jong, 56, yang menerkam Mark Lipert dengan sebilah pisau ketika rehat di Seoul pada Mac lalu.

Dalam menerima dakwaan percubaan membunuh itu, Mahkamah Daerah Tengah Seoul memetik laporan perubatan yang melaporkan Kim hampir merosakkan karotid arteri di leher Lippert.

Ia juga menyatakan bahawa tertuduh “tidak menunjukkan rasa kesal, dalam usaha untuk mewajarkan tindakannya itu sepanjang perbicaraan”.

Serangan ke atas wakil tentera paling penting dan sekutu diplomatik Korea Selatan dan tayangan dramatik TV Lipert dikejarkan ke hospital dengan menekan mukanya yang diliputi darah – mengejutkan bagi sebuah negara di mana bantahan politik adalah biasa tetapi tindakan ekstrem seperti itu jarang berlaku.

Terdapat juga rasa malu dan kebimbangan lelaki dengan rekod keganasan ke atas wakil asing menjalankan serangan seumpama itu. Seorang aktivis yang dikenali polis, Kim telah diserahkan penggantungan hukuman selama dua tahun pada 2010 kerana membaling batu ke arah bekas duta Jepun ke Seoul.

ARTIKEL YANG SAMA