Penyerang miliki pedang dibicarakan hujung tahun

Penyerang miliki pedang dibicarakan hujung tahun

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160622_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Seorang lelaki tempatan yang mengaku tidak bersalah kerana menyerang seorang lelaki dan memiliki pedang katana akan dibicarakan di Mahkamah Majistret pada hujung tahun ini.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abd Rahman menetapkan 14 hingga 24 Disember bagi Shamsul Bahri bin Abdullah, 43, untuk dibicarakan atas pertuduhan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan berdekatan Jalan McArthur, pada 12 Mei 2016.

Kesalahan menyerang seseorang dengan menggunakan pedang memperuntukkan pemenjaraan maksimum selama tujuh tahun dan sebatan, manakala memiliki senjata berbahaya di bawah Akta Ketenteraman Awam ialah hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun dan maksimum 10 tahun, dan sebat tidak kurang daripada tiga sebatan.

Tertuduh yang masih belum mendapatkan ikat jamin $5,000 atau seorang penjamin tempatan diperintahkan oleh Majistret Pengiran Shahyzul untuk ditahan reman di Penjara Jerudong.

ARTIKEL YANG SAMA