Penyerang nekad serang berhampiran lapangan terbang Kabul

Penyerang nekad serang berhampiran lapangan terbang Kabul

KABUL, 4 Jan (AFP) – Seorang pengebom berani mati hari ini menyerang jalan raya menuju lapangan terbang antarabangsa Kabul, menurut para pegawai, terbaru dalam siri-siri serangan ke atas bandar Afghan itu.

Tidak ada kumpulan yang bertanggung jawab bagi pengeboman itu, yang berlaku ketika pasukan tentera Afghanistan bertempur dalam usaha menamatkan pengepungan berjam-jam lamanya berhampiran konsul India di bandar utara Mazar-i-Sharif.

“Seorang pengebom berani mati yang berjalan kaki meletupkan vesnya berhampiran lapangan terbang Kabul. Tidak ada maklumat serta-merta tentang kematian atau kecederaan,” jurucakap kementerian dalam negeri Najib Danish memberitahu AFP.

Danish berkata sasaran adalah konvoi pasukan asing yang melalui kawasan itu tetapi jurucakap polis berkata dia tidak mengetahui tentang itu.

Kakitangan keselamatan Afghanistan memeriksa kereta yang musnah di tapak serangan bom pada 4 Januari. – AFP
Kakitangan keselamatan Afghanistan memeriksa kereta yang musnah di tapak serangan bom pada 4 Januari. – AFP

Pengeboman itu menandakan serangan terbaru ke atas bandar Afghan itu yang dicengkam peperangan.

Seorang pengebom berani mati Taliban telah menyerang sebuah restoran Perancis yang popular dengan warga asing di Kabul pada Jumaat lalu, membunuh dua orang dalam serangan sehari selepas Tahun Baru.

Lima belas orang lagi tercedera dalam serangan itu ke atas Le Jardin, restoran milik warga Afghanistan, yang mengakibatkan letupan kuat dan mengakibatkan bangunan itu terbakar.

ARTIKEL YANG SAMA