Penyerang pertama dikenal pasti

Penyerang pertama dikenal pasti

PARIS, 15 Nov (AFP) – Polis Perancis telah mengenalpasti tujuh lelaki bersenjata yang pertama yang membunuh sekurang-kurangnya 129 orang dalam satu kejadian pembunuhan beramai-ramai yang diakui didalangi oleh kumpulan Kerajaan Islam, ketika penyiasat antarabangsa meningkatkan penyiasatan mereka terhadap serangan paling buruk Paris itu.

Pihak berkuasa Perancis semalam menamakan penyerang pertama Omar Ismail Mostefai, 29, yang dikenalpasti dari jari yang ditemui di dewan konsert Bataclan, tempat kejadian pertumpahan darah terburuk.

Jihad IS berkata mereka adalah dalang serangan senjata dan serangan nekad yang mengakibatkan kemusnahan di dewan konsert yang padat, di restoran –restoran dan bar, dan di uar stadium kebangsaan Stade de France, Perancis.

Presiden Franocis Hollande menggelar serangan terancang pada malam Jumaat itu sebagai ‘tindakan peperangan’ ketika ibu negara yang biasanya sibuk itu berada dalam keadaan sunyi, 10 bulan selepas serangan ke atas majalah, Charlie Hebdo mengejutkan negara tersebut.

Sementara itu penyiasatan di seluruh Eropah, dengan polis Belgium menahan beberapa suspek dan pihak berkuasa Jerman melakukan penyiasatan yang berkemungkinan mempunyai hubungan kepada lelaki yang baru –baru ini ditemui dengan kereta yang dipenuhi bahan letupan.

Penemuan pasport Syria berhampiran salah seorang mayat penyerang meningkatkan keraguan sebahagian penyerang mungkin memasuki Eropah sebagai sebahagian orang ramai yang melarikan diri dari peperangan saudara Syria.

“Kami mengesahkan bahawa pemegang pasport (Syria) datang ke pulau Leros, Greece pada 3 Oktober lalu, di mana dia didaftarkan di bawah peraturan EU,” kata Menteri Greece, bagi perlindungan rakyat, Nikos Toskas.

Serangan itu mengejutkan seluruh dunia, dengan Tower Bridge, London, Brandenburg Gate, Berlin dan Pusat Dagangan Dunia di New York di antara mercu tanda yang mengibarkan bendera merah, putih dan biru Perancis dalam menunjukkan perpaduan.