Penyerang tikam polis ditembak mati

Penyerang tikam polis ditembak mati

BAITULMUQADDIS, 12 Okt – Seorang warga Arab menikam seorang anggota polis Israel di pintu masuk ke Bandar Lama Jerusalem hari ini telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan, polis berkata sebagai kejadian siri terbaru dalam serangan senjata pisau.

Pegawai polis keselamatan tidak menghadapi sebarang kecederaan semasa menghentikan perbuatannya tetapi penyerang kemudiannya ditembak mati oleh pegawai-pegawai lain.

Polis mengenal pasti penyerang sebagai berbangsa Arab tanpa mengatakan sama ada beliau warga Palestin ataupun Arab Israel. Kejadian itu berlaku di Lions Gate, Kota Lama itu.

Serangan tikaman yang mensasarkan orang Yahudi itu berlarutan sejak 3 Oktober lalu apabila Palestin membunuh dua warga Israel di Bandar Lama Jerusalem, menyebabkan pelakuan tindakan keras terhadap keselamatan.

Dendam dalam kejadian tikaman telah tercetus apabila seorang yahudi berusia 17 tahun di bandar Israel, selatan Dimona telah mencederakan dua rakyat palestin dan dua Isael Arab pada jumaat lalu.

Polis forensik Israel memeriksa mayat seorang lelaki Palestin, yang menyerang seorang anggota polis dengan pisau sebelum ditembak mati oleh pasukan keselamatan Israel hari ini. – AFP
Polis forensik Israel memeriksa mayat seorang lelaki Palestin, yang menyerang seorang anggota polis dengan pisau sebelum ditembak mati oleh pasukan keselamatan Israel hari ini. – AFP

Rusuhan juga telah tercetus di timur yang melibatkan Jerusalem dan tebing Barat yang diduduki, dengan pergolakan yang menyebabkan amaran risiko terhadap pemberontakan Palestin berskala penuh, atau intifada ketiga.

Pergolakan ini juga telah merebak ke Semenanjung Gaza, dengan serangan Israel sejak 2008.

Pertempuran di sepanjang sempadan itu telah mengorbankan sembilan rakyat Palestin dari senjata api pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Pada Ahad, serangan udara Israel sebagai membalas dendam bagi serangan dua roket yang dilancarkan di Israel merobohkan sebuah rumah di utara Gaza, membunuh seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia dua tahun itu.

Israel berkata serangan udara itu menyasarkan bengkel senjata gerakan Islam Hamas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA