Penyertaaan musabaqah belia kini dibuka

Penyertaaan musabaqah belia kini dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac – Jabatan Belia dan Sukan kini telah membukakan penyertaan bagi Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1437H/2016M, yang mana peringkat saringan akan diadakan pada 12 hingga 16 April depan.

Penyertaan adalah dibukakan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap yang memegang kad pintar berwarna ungu serta tidak memegang pasport negara-negara asing.

Peserta juga hendaklah berumur antara 15 dan 25 tahun serta tidak pernah menyertai pertandingan-pertandingan seperti Musabaqah Tilawatil Quran Peringkat Akhir Kebangsaan Dewasa anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama, Majlis Tilawah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran kerajaan Malaysia atau tidak pernah menjadi johan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Borang penyertaan boleh didapati di Bahagian Belia, Tingkat 3, Jabatan Belia dan Sukan, Bangunan KKBS dan cawangan-cawangan Jabatan Belia dan Sukan di daerah-daerah lain pada waktu bekerja.

ARTIKEL YANG SAMA