Penyertaan BICTA meningkat

Penyertaan BICTA meningkat

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Anugerah ICT Brunei (BICTA) terus menggalakkan dan mengetengahkan produk-produk kreatif dihasilkan oleh anak-anak tempatan yang berbakat di mana produk yang dihasilkan berjaya untuk mempamerkan inovasi serta tanda aras selaras dengan standard antarabangsa.

Sejak diperkenalkan pada 2004, BICTA terus menunjukkan perkembangan dan peningkatan jumlah peserta serta usahawan muda tempatan yang berbakat di mana penyertaan bagi 2015 menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding 2014 iaitu daripada 30 penyertaan kepada 45 penyertaan tahun ini.

Perkembangan positif BICTA itu dikongsi oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, yang juga selaku Pengerusi AITI dan Pengerusi Jawatankuasa Pandu BICTA 2015 dalam ucapannya di Majlis Penyampaian BICTA 2015 yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan, hari ini.

Beliau menambah, peningkatan positif dari segi jumlah penyertaan itu adalah hasil kerjasama erat di antara pelbagai pihak yang berkepentingan dan menyatakan penghargaan di atas usaha Jawatankuasa Kerja BICTA yang mempromosikan BICTA menerusi kegiatan pemasaran dan jerayawara yang dikendalikan di peringkat industri dan sekolah.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah menyampaikan hadiah pemenang bagi Kategori Sekolah kepada St. John’s School.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah menyampaikan hadiah pemenang bagi Kategori Sekolah kepada St. John’s School.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah pemenang bagi Kategori Pengajian Tinggi kepada Institut Teknologi Brunei.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah pemenang bagi Kategori Pengajian Tinggi kepada Institut Teknologi Brunei.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah pemenang bagi Kategori Industri ICT kepada D5 Innovation.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah pemenang bagi Kategori Industri ICT kepada D5 Innovation.
Tetamu kehormat menyampaikan Anugerah Khas ICT Hijau kepada Universiti Brunei Darussalam.
Tetamu kehormat menyampaikan Anugerah Khas ICT Hijau kepada Universiti Brunei Darussalam.
Tetamu kehormat menyampaikan Anugerah Khas Teknologi Baru kepada HalBase Company.
Tetamu kehormat menyampaikan Anugerah Khas Teknologi Baru kepada HalBase Company.

Pada masa yang sama, Awang Abdul Mutalib turut menyatakan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei, institusi-institusi pengajian tinggi, kolej-kolej swasta serta syarikat-syarikat ICT tempatan atas sokongan dan penyertaan mereka dalam BICTA 2015.

Beliau menambah lagi bahawa, penyertaan bagi tahun 2015 telah menyaksikan beberapa produk cemerlang yang diketengahkan oleh syarikat-syarikat baru. Oleh itu, BICTA 2015 juga menyampaikan anugerah istimewa sebagai penghargaan dan mengenal pasti produk yang berpotensi tinggi dalam beberapa bidang utama termasuk Usahawan Harapan, ICT Hijau, Teknologi Baru dan Pemaju Muda.

Awang Abdul Mutalib turut berkata bahawa, setiap tahun, BICTA berjaya untuk meningkatkan lagi aplikasi dan penyelesaian ICT tempatan ke peringkat lebih tinggi yang mana usaha itu digandakan lagi dengan penyertaan dalam Anugerah Perikatan ICT Asia Pasifik (APICTA) dengan para pemenang BICTA 2015 akan mewakili Brunei untuk bertanding di dalam APICTA 2015 yang akan berlangsung di Sri Lanka pada November nanti.

Beliau berkata, sejak permulaan penyertaan Brunei dalam APICTA pada tahun 2008, negara menunjukkan pencapaian yang amat baik dengan mencatatkan dua kemenangan dan 14 anugerah pujian setakat ini dengan harapan untuk meraih lebih banyak kejayaan pada APICTA 2015.

ARTIKEL YANG SAMA