Penyertaan BPL 2016 bulan Ogos

Penyertaan BPL 2016 bulan Ogos

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Persekutuan Petanque Brunei Darussalam menjemput penyertaan orang ramai yang berminat dalam Sukan Petanque untuk menyertai Pertandingan BRUNEI PETANQUE LEAGUE (BPL) 2016 bagi bulan Ogos 2016.

Pertandingan yang dijadualkan berlangsung pada 21 Ogos 2016, jam 8 pagi itu akan diadakan di Gelanggang Sukan Petanque Komples Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan borang penyertaan dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kejohanan itu, mereka bolehlah menghubungi Setiausaha Pertandingan BPL 2016 dan Jurulatih Kebangsaan Sukan Petanque di Gelanggang Sukan Petanque, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas.

Logo Brunei League Petanque 2016.
Logo Brunei League Petanque 2016.

Tarikh tutup penyerahan borang pertandingan tersebut adalah pada 19 Ogos 2016, jam 5 petang. Manakala tarikh undian pula akan dilangsungkan pada 20 Ogos 2016.

Siri pertama BPL 2016 bulan Julai 2016 telah diadakan pada 24 Julai lalu dimana Awang Hamidun bin Haji Abdul Hamid telah dinobatkan sebagai juara diikuti oleh Awang Wirna bin Haji Mohd Yassin sebagai naib juara liga.