Penyertaan jualan pesta konvo Politeknik dibuka

Penyertaan jualan pesta konvo Politeknik dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Bersempena dengan Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei ke-2 yang bakal berlangsung pada 21 Januari 2016, Politeknik Brunei akan mengadakan Karnival Konvo di Kawasan Letak Kereta, Jalan Bendahara, Bandar Seri Begawan, berhadapan dengan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja, mulai 15 hingga 19 Januari 2016.

Antara acara-acara yang akan diadakan termasuk pameran, persembahan kebudayaan, dan jualan makanan dan barangan daripada pengusaha-pengusaha serta para peniaga tempatan dan orang ramai.

Tujuan utama karnival adalah bagi memberigakan pencapaian dan kegiatan para pelajar serta menyediakan platform bagi membudayakan bidang keusahawanan dan perniagaan terutama dalam kalangan belia tempatan.

Sehubungan dengan itu, Politeknik Brunei menjemput pengusaha tempatan dan orang ramai yang berminat untuk menyertai karnival tersebut untuk menyewa tapak perniagaan yang disediakan pada harga sewa yang
berpatutan.

Borang penyertaan dan syarat-syarat bagi Karnival Konvo bolehlah didapati di kaunter pertanyaan, One-Stop Centre, Level 2, Politeknik Brunei, Blok 2E, Kondominium Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan, pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula jam 9 hingga 11:30 pagi dan 2 hingga 3:30 petang.

Tarikh tutup mengembalikan borang penyertaan tersebut adalah pada 7 Januari 2016.

ARTIKEL YANG SAMA