Penyertaan kejohanan takraw ditutup 27 April ini

Penyertaan kejohanan takraw ditutup 27 April ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) ingin memaklumkan bahawa tarikh tutup bagi penyertaan Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala NBT 2016 Ke-5 akan ditutup pada 27 April ini jam 4 petang.

Kejohanan yang dianjurkan oleh PESTABARU dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ini akan bermula pada 1 Mei 2016 di Kompleks Sukan Menglait.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai kejohanan ini, borang penyertaan boleh didapati daripada Haji Zaman bin Haji Samat di talian 8825580 atau Haji Abu Bakar bin Kassim di talian 8820464.

ARTIKEL YANG SAMA