Penyertaan luar negara catat peningkatan

Penyertaan luar negara catat peningkatan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Penyertaan pasukan dari luar negara dalam Festival Bola Sepak Kali Ke-2 2015 anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan pada 12 dan 13 Disember 2015 nanti bertambah dari sembilan buah pasukan pada tahun lalu kepada 12 buah pasukan tahun ini.

Pasukan-pasukan itu ialah CIMB YFA, Kuala Lumpur (4 pasukan), PDL SMK Labuan (1 pasukan), SMK Pantai Labuan (1 pasukan), SR Merbau, Miri (1 pasukan), ABNS88, Miri (3 pasukan) dan TABS SAFA Bandaraya Sabah (2 pasukan).

Festival kelolaan Sekolah Sukan di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu nanti akan menyaksikan penyertaan sejumlah 10 buah pasukan daripada setiap empat kategori peringkat umur yang dipertandingkan iaitu Bawah 9 Tahun (B9), Bawah 10 Tahun (B10), Bawah 12 Tahun (B12) dan Bawah 14 Tahun (B14).

Majlis pengundian bagi festival yang mendapat sokongan Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan itu telah pun dijalankan malam tadi di Dewan Kuliah, Sekolah Sukan yang disempurnakan oleh Penolong Pengetua Sekolah Sukan, Awang Azrin bin Haji Aji.

Awang Azrin (duduk tengah) bersama AJK festival dan beberapa orang pengurus pasukan yang menyertai festival tersebut.
Awang Azrin (duduk tengah) bersama AJK festival dan beberapa orang pengurus pasukan yang menyertai festival tersebut.

Bagi B9, diundi dalam Kumpulan A ialah BIBD SRC Kids, Skim Kilanas FC ‘A’, BSSSA, BSSSA–Netstertech dan BSSSA-Amtrix, sementara PERDA FC Junior, Super Jr-GZFT, BSSSA-D’Crystal Crown, BSSSA-JFC dan Skim Kilanas FC ‘B’ diundi dalam Kumpulan B.

Kategori B10 pula menyaksikan Kumpulan A diisi CIMB YFA ‘A’, ABNS88, Savilla Jr, BSSSA-JCAD dan BIBD SRC Kids, manakala Kumpulan B mengandungi CIMB YFA ‘B’, AAG Junior, Skim Kilanas FC, BSSSA-Kota Junior dan BSSSA-Amtrix.

Sementara itu diundi dalam Kumpulan A B12 ialah pasukan CIMB YFA, BSSSA-Amimasdi Sports Shop, Skim Kilanas FC, ABNS88 da BESA FC, sementara Kumpulan B diisi BSSSA-Hopejaya, SR Merbau, AKSE Bersatu, BIBD SRC Kids dan TABS SAFA Bandaraya Sabah.