Penyertaan sukan petanque dibuka

Penyertaan sukan petanque dibuka

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Persekutuan Petanque Brunei Darussalam kini membukakan penyertaan kepada orang ramai yang berminat dalam sukan tersebut untuk menyertai Pertandingan Brunei Petanque League 2016 yang akan diadakan pada 25 September ini.

Pihak persekutuan turut memaklumkan bahawa tarikh undian perlawanan akan diadakan pada 24 September, jam 5 petang, yang diselajurkan dengan pembukaan rasmi pertandingan bertempat di Gelanggang Sukan Petanque, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Pada pertandingan bulan lepas, tampil juara ialah Wirna bin Haji Mohd Yassin diikuti tempat kedua Mazlan bin Haji Yahya dan tampil di tempat ketiga ialah Masli bin Haji Mohd Said.

Borang penyertaan bagi pertandingan berkenaan boleh diperoleh daripada setiausaha perlawanan dan jurulatih kebangsaan sebelum tarikh tutup 23 September di Gelanggang Petanque Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Bagi keterangan lanjut boleh berhubung terus kepada setiausaha pertandingan di talian 8833991 atau terus berjumpa jurulatih kebangsaan sukan petanque di Gelanggang Sukan Petanque Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.