Penyertaan ujian Tasmie mula dibuka

Penyertaan ujian Tasmie mula dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urusetia Lembaga Tasmie’ Menghafaz Al-Quran akan mengadakan Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Pusingan Kedua Tahun 1437H/2016M bermula bulan Ogos bagi kategori-kategori yang ditawarkan iaitu 10 Juzuk, 20 Juzuk dan 30 Juzuk.

Borang permohonan kini boleh didapati di Pejabat Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS yang beralamat di Blok 2H, Tingkat 8, Bangunan Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping atau dimuat turun melalui weblog www.pppq-mabims.blogspot.com

Borang-borang permohonan itu hendaklah dikembalikan semasa waktu pejabat tidak lewat pada Khamis 25 Ramadan bersamaan 30 Jun, jam 1:45 petang.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS ditalian 2233365 / 2237512 / 2237513.

ARTIKEL YANG SAMA