Penyewa terselamat, pokok tumbang hempap rumah

Penyewa terselamat, pokok tumbang hempap rumah

LABUAN, 21 Mac (Bernama) – Sebatang pokok besar tumbang lalu menghempap sebuah rumah separuh batu di sini hari ini dan merosakkan bahagian dapur, bagaimanapun penyewanya sempat memenyelamatkan diri.

Pemilik rumah berkenaan Roslan Ibrahim, berumur lingkungan 50-an, berkata pokok itu tumbang kira-kira pukul 7 pagi dan mengejutkan penyewanya daripada tidur.

“Saya tidak ada di rumah ketika itu. Penyewa saya beritahu apa yang berlaku,” katanya kepada Bernama.

Sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam kemudiannya datang untuk mengalih pokok yang tumbang itu.

Ketua Pejabat Khidmat Masyarakat kawasan Parlimen Labuan Basran Yunus berkata pegawainya telahpun menilai kerosakan dan akan menentukan jumlah bantuan untuk disampaikan kepada Roslan.

Sebatang pokok kelapa tumbang di atas rumah Roslan Ibrahim di Kg Batu Arang, awal pagi Isnin, menyebabkan kerosakan yang teruk. Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba selepas dimaklumkan untuk membantu membersihkan sisa runtuhan. – Bernama