Penyiasat Greece soal siasat warga Syria bawa peluru

Penyiasat Greece soal siasat warga Syria bawa peluru

THESSALONIKI, Greece, 25 Mei (AFP) – Para penyiasat Greece akan menyoal siasat seorang warga Syria yang ditangkap kerana cuba untuk menyeludup berpuluh ribu peluru masuk ke Turki, menurut sumber polis hari ini.

Lelaki berusia 28 tahun itu telah ditahan semasa hujung minggu di pos kastam Kipi di Evros, bahagian paling utara di Greece, selepas polis menemui bungkusan peluru yang disembunyikan di tempat sorokan khas dalam keretanya.

Pihak berkuasa mengatakan mereka tidak mengetepikan yang kemungkinan amunisi itu akan dihantar kepada pemberontak bagi Free Syrian Army.

Kenderaan suspek itu mempunyai plat pendaftaran Austria namun dia membawa lesen memandu palsu Britain, menurut polis.

Evros merupakan hab laluan yang menghubungkan Eropah dan Asia, tempat penyeludup secara rutinnya cuba untuk menghantar senapang, dadah dan penghijrah, dari atau masuk ke Turki, yang berkongsi 1,300 km sempadan dengan Iraq dan Syria.