Penyiasat Perancis siar laporan nahas Germanwings

Penyiasat Perancis siar laporan nahas Germanwings

PARIS, 13 Mac (AFP) – Penyiasat Perancis hari ini akan mengeluarkan laporan kemalangan terakhir mereka ke atas pesawat Germanwings yang secara sengaja diterbangkan ke kawasan pergunungan Perancis oleh pembantu juruterbang dalam satu tragedi yang membangkitkan persoalan keselamatan.

Penyiasat penerbangan awam BEA disyaki akan membuat cadangan untuk mengunci pintu kokpit ketika penerbangan.

Hasil keputusan kejadian terhempas Germanwings setahun lalu – di mana 150 orang membuat perjalanan di antara Barcelona dan Duesseldorf terbunuh – pihak berkuasa penerbangan Eropah sudah mencadangkan agar diwajibkan untuk mempunyai dua orang dalam kokpit pada bila –bila masa ketika penerbangan.

Sebahagian negara membantu langkah itu, dengan kesatuan juruterbang Jerman percaya ia mencetuskan “risiko lebih daripada peningkatan yang dicadangkan dalam keselamatan.”

Dalam penerbangan pada 24 Mac 2015, pembantu juruterbang Andread Lubitz mengunci juruterbang dari kokpit itu. Sepuluh minit kemudian pesawat Airbus 320 itu merempuh bahagian bukti, yang membunuh kesemua 144 penumpang dan enam kru.

Ia jelas Lubitz mengalami tekanan dan telah menemui berpuluh orang doktor dalam masa beberapa tahun sebelum nahas tersebut.

Tetapi di bawah undang-undang Jerman tidak seorang pun mampu untuk memberikan amaran kepada majikan mengenai keadaan fikirannya dan dia dibenarkan untuk terus membuat penerbangan.

Dalam kotak hitam rakaman suara ditemukan di tapak terhempas, apa yang didengarkan dari Lubitz adalah pernafasan biasa. Dia tidak mempunyai perkataan yang menjelaskan aksi pembunuhannya. Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) sudah mencadangkan bagi meningkatkan ujian perubatan bagi juruterbang, termasuk ujian psikologi.

ARTIKEL YANG SAMA